Saham ialah cara popular untuk berdagang dalam pasaran kewangan, yang mana sesetengah pedagang berjaya memperoleh pendapatan stabil. Namun, dagangan saham mempunyai risiko, terutama sekali jika anda tidak mempunyai strategi dagangan khusus yang sesuai. Sehubungan dengan itu, jika anda menggunakan strategi yang digariskan di dalam artikel ini, anda boleh mengurangkan risiko dan menikmati lebih banyak dagangan yang berjaya. Artikel ini akan menggariskan beberapa konsep strategi dagangan paling popular.

 

Peraturan asas dagangan saham

 

Selepas membuka akaun dan mula menggunakan platform IQ Option, anda perlu mengikut beberapa peraturan untuk mengelakkan kerugian. Berikut merupakan beberapa peraturan yang boleh anda ikuti:

 

  • Trend ialah rakan nombor satu anda

Salah satu peraturan utama yang tersirat dalam strategi popular ini ialah trend sentiasa menjadi rakan anda. Untuk mengelakkan kerugian, anda perlu mengikut trend dan tidak bertaruh terhadapnya.

Sebagai contoh, sebelum meletakkan pesanan belian, pastikan trend sedang meningkat. Dengan cara ini, peluang untuk membuat keuntungan dipertingkat, berbanding dengan cuba membuat pesanan belian semasa pasaran sedang menurun.

 

  • Amalkan pengurusan risiko yang baik

Satu lagi strategi dagangan saham yang penting ialah pengurusan risiko yang baik. Pada asasnya, broker menasihati pedagang untuk membuat keputusan awal tentang jumlah wang yang mereka sanggup dan boleh dagangkan untuk setiap pesanan. Dengan cara ini, pedagang boleh mengelakkan kerugian teruk dan mendapatkan hasil baik.

 

  • Kawalan terhadap dagangan emosi

Strategi umum mengenali bahawa keputusan berdasarkan emosi boleh menyebabkan hasil dagangan yang suboptimum. Kerana itu, broker menasihati pedagang untuk mengikut strategi mereka dan mengelakkan daripada membuat keputusan berdasarkan gerak hati mereka (berbanding keadaan pasaran semasa).

 

  • Berlatih!

IQ Option memberikan pelanggan akaun demonstrasi untuk berlatih strategi dagangan mereka tanpa sebarang risiko dan menguasai seni mengalahkan pasaran. Dengan strategi IQ Option ini, anda boleh membiasakan diri dengan platform dagangan broker berserta kemudahan lain yang ditawarkan sebelum menggunakannya dalam akaun dagangan sebenar.

 

Strategi paling popular

 

Berikut merupakan beberapa strategi dagangan umum daripada IQ Option. Anda boleh menonton semua video pendidikan di laman Tutorial.

 

  • Candlectick Jepun

Pedagang boleh menggunakan candlestick Jepun untuk menganalisis pasaran dan mengenal pasti peluang dagangan berpotensi apabila menggunakan platform IQ Option. Sebagai strategi pemasaran, candlestick Jepun membolehkan pedagang membuat analisis teknikal secara berkesan dan membuat dagangan yang menguntungkan di dalam pasaran.

Sesetengah corak candlestick yang ketara termasuk pin bar, tiga gagak hitam, corak engulfing dan tukul.

 

  • Garis trend

Dalam dagangan saham, garis trend menunjukkan garisan yang dilukis untuk menggambarkan arah pasaran semasa. Jika anda melukis garis trend dalam platform IQ Option, garis ini boleh menunjukkan peluang dagangan dengan hasil pulangan yang tinggi.

Dengan menggunakan strategi dagangan ini, anda boleh mengenal pasti trend pasaran terkini; iaitu sama ada trend pasaran sedang meningkat, menurun atau mendatar.

 

  • Bollinger Band

Kebanyakan pedagang berminat menilai tahap naik turun dalam pasaran kerana perubahan dalam naik turun biasanya menunjukkan perubahan dalam persekitaran pasaran. Oleh itu, sebagai sebahagian daripada strategi anda, broker ini menyediakan Bollinger Band dalam platform mereka untuk membantu pedagang mengukur naik turun pasaran dan mengenal pasti tempat berpotensi untuk meletak dan keluar dari dagangan.

 

  • Purata pergerakan (SMA, WMA, EMA, SSMA)

Satu lagi strategi penting yang disediakan dalam platform ini ialah purata pergerakan. Dengan alat ini, anda boleh membersihkan data naik turun pasaran untuk jangka masa yang ditetapkan dengan mudah dan membantu dalam membuat keputusan sama ada untuk membeli atau menjual.

Beberapa purata pergerakan umum yang disediakan IQ Option termasuk purata pergerakan mudah, purata pergerakan eksponen dan purata pergerakan wajaran.

 

Kesimpulan

Semua alat yang dinyatakan di dalam artikel ini dicipta untuk membantu menjadikan aktiviti dagangan anda lebih menguntungkan. Dengan alat-alat tersebut, anda boleh mengurangkan risiko dagangan dan memastikan kerjaya anda berjaya.

SIMPLE AND RELIABLE
MONEY WITHDRAWAL
Skrill
Neteller
Mastercard
Visa
Maybank
RHB Bank
Hong Leong Bank
CIMB Bank
Public Bank
AmBank