Perisian Dagangan IQ Option 4.0

Pakej perisian IQ Option telah mengalami perubahan besar. Perisian mereka kini lebih lancar dan menarik. Semua elemen antara muka adalah berdasarkan WebGL, teknologi yang memaparkan grafik tiga dimensi yang kompleks hanya di dalam pelayar web anda.

Perisian mesra pengguna untuk pengalaman dagangan yang optimum

Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk memuatkan kesemua sembilan carta dagangan di dalam satu skrin? Kami telah menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan teknologi Emscripten di dalam terminal dagangan terbaru kami, yang memindahkan kod kompleks di dalam aplikasi komputer meja ke laman web dengan lancar.

Penambahbaikan besar pada antara muka pengguna menjadikan perisian IQ Option setanding dengan sistem dagangan komputer meja profesional yang lain. Kini anda boleh memilih daripada pelbagai lokasi dan tetapan carta. Penambahbaikan terkini kami juga membolehkan anda menambah dan mengurangkan saiz setiap tingkap pelayar secara individu.

 

Lihat sejarah sebut harga selama dua tahun.

Bagaimana anda hendak menganalisis sebut harga dagangan jika anda tidak boleh melihat data sejarah bagi hari, minggu atau bulan sebelumnya? Analisis sebut harga tepat hampir sukar tanpa data dan perisian yang sesuai. Disebabkan itu, versi terbaru IQ Option memberikan anda lebih banyak maklumat tentang saham berbanding dengan sebelum ini. Lihat sejarah sebut harga untuk dua tahun yang lalu dengan aplikasi yang baru direka. Untuk pertama kali, salah satu perisian dagangan terbaik membolehkan anda menganalisis sebut harga dan membeli saham dalam tingkap yang sama, terima kasih kepada perisian dagangan IQ Option yang baharu.

 

Candlestick kini memaparkan data saham hingga satu bulan.

Analisis candlestick kini lebih mudah dan menyeluruh berbanding dengan sebelum ini. Tempoh untuk mencipta candlestick kini antara lima saat hingga satu bulan - anda boleh memilih skala yang sesuai untuk anda.

 

Analisis teknikal aset lebih mudah dengan petunjuk baharu

Terminal dagangan IQ Option kini lebih profesional dan mudah untuk dianalisis. Perisian terkini telah termasuk pelbagai petunjuk baharu dan canggih, termasuk MACD, Parabolic Star, Stochastic Oscillator dan Awesome Oscillator. Terdapat lebih banyak potensi analisis teknikal dengan IQ Option 4.0 berbanding dengan sebelum ini.

 

Garis Fibonacci

Garis support dan resistance merupakan dua alat analitikal paling popular digunakan oleh pedagang yang berdagang dalam saham. IQ Option 4.0 membawa analisis dagangan ke tahap seterusnya dengan menggunakan Garis Fibonacci. Bukan sahaja kemudahan ini menunjukkan kekuatan trend dengan tepat, kemudahan ini turut memaparkan tahap pembetulan saham dengan jelas dan padat.

 

Carta bar

Carta bar (histogram) yang baru direka semula ini dengan ketara meningkatkan analisis trend jangka panjang. Carta bar IQ Option 4.0 mengambil ruang yang kurang berbanding dengan carta linear dan kawasan dan memberikan maklumat yang sama dengan candlestick. Setiap bar menunjukkan harga buka aset pendasar, harga penutup dan harga minimum dan maksimum dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Perisian dagangan pantas untuk Mac dan Windows

Perisian IQ Option 4.0 yang baharu boleh dimuat turun dan dipasang pada komputer meja anda. Klien untuk PC telah dioptimumkan bagi Mac dan Windows untuk operasi yang lancar. IQ Option juga menggunakan seni bina rentas platform dengan teknologi OpenGI - memastikan prestasi platform tidak terjejas oleh prestasi komputer anda.

AMARAN RISIKO UMUM:
Perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh laman web ini mempunyai risiko tinggi dan boleh menyebabkan anda kerugian semua dana anda. Jangan melabur wang yang anda tidak sanggup rugi.